Aktiviti di Cappadocia bermula agak awal bagi peserta yang ingin menaiki belon udara panas sambil menyaksikan matahari terbit.
4:00 pagi
Peserta akan dibawa ke tapak belon udara panas dari penginapan secara berkumpulan. Solat subuh akan didirikan di kawasan perlepasan tersebut sebelum penerbangan. Aktiviti menaiki belon panas ini mengambil masa selama 3 jam termasuk masa berada di dalam belon udara panas dan masa perjalan pergi/balik dari penginapan ke kawasan perlepasan. KIta turut akan bergambar selepas selesai aktiviti dengan berlatarbelakangkan belon udara panas sebelum pulang ke penginapan.
10:00 pagi
Kita akan bergerak ke Ortahisar iaitu sebuah bandar kecil di daerah Urgup. Istana batu Ortahisar dengan ketinggian 90 meter di tengah-tengah bandar akan kita kunjungi untuk melihat sendiri seni binanya yang unik. Ortahisar sangat terkenal sebagai pusat penghasilan hasil pertanian seperti buahan-buahan sitrus, buah epal, kentang dan bawang.
12:30 tengahari
Kita akan makan tengahari dan menunaikan solat di Avanos yang terkenal dengan menghasilkan produk tembikar.
2:00 petang
Kita akan menuju ke Uchisar yang terletak 10 kilometer dari Avanos. Di sini kita akan melawat Uchisar Citadel. Dari jauh kita akan nampak rupabentuk kota Uchisar seperti rumah burung merpati dek kerana struktur gua yang berlubang dikorek untuk dijadikan penempatan.
7:00 malam
Makan malam di penginapan dan berehat supaya tetap cergas untuk aktiviti lain pada keesokan hari.
Baca di SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti sepanjang kembara ke Turki.