Dalam setahun ada beberapa waktu yang sesuai menjadi pilihan ibubapa dan keluarga besar yang berhajat menunaikan Umrah secara berkumpulan. Selalunya mereka mengambil peluang sewaktu musim cuti persekolahan. Ramai cikgu dengan pasangan masing-masing mengambil peluang untuk menunaikan umrah pada waktu ini. Bagi yang berkeluarga juga, umrah bersama seisi keluarga memang menjadi pilihan kerana dapat sama-sama menunaikan ibadah bersama-sama di sini sambil mengambil belajar ilmu kekeluargaan yang tersirat dari aktiviti umrah ini.

Ramai yang memilih hujung tahun kerana tempoh cutinya lebih panjang. Ditambah pula dengan musim sejuk, jadi boleh dikatakan waktu ini adalah waktu puncak yang mengumpulkan seluruh jemaah dari seluruh dunia serentak di luar musim haji. Memang ramai yang ambil peluang kerana faktor cuaca sejuk yang akan berlangsung sehingga bulan Mac nanti.

Bagi mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sini, musim sejuk lebih dipilih berbanding musim panas yang kebiasaannya melebihi 40 darjah. Mungkin sedikit kurang selesa untuk menyesuaikan diri ketika berada di luar bangunan dek bahang yang agak jauh berbeza dengan keadaan di tanah air.

Pengantin baru pun ramai yang datang bersama keluarga masing-masing pada waktu ini. Jadi berbulan madu di Tanah Haram menjadikan pengalaman bercinta di Mekah dan Madinah satu kenangan yang sangat indah. Sampai yang veteran pun semangat untuk turut serta.

Ada juga yang mengambil peluang untuk menunaikan umrah sebelum tibanya tahun baru. Katanya ingin recharge diri sebelum berusaha memajukan diri ke tahap yang lebih baik duniawi dan ukhrawi. Masing-masing mempunyai pendapat dan idea yang tersendiri. Jika ada yang ingin menunaikan umrah di musim sejuk, boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.