Pada zaman ekonomi melecet ni mmg semakin banyak syarikat penerbangan yang tidak memberikan saiz bagasi yang besar. Kebanyakkannya memberikan sekitar 20-23/27 kg. Malah tambahan bagasi sebanyak 5kg sahaja bagi Emirates Airlines boleh mencecah RM1,000. Oleh itu penting utk kita tahu bagaimana untuk travel light.

1. TUALA

Antara yang paling tebal dan makan ruang ialah tuala. Tapi untuk dibawa bersama semasa percutian, boleh membawa tuala microfiber yang sangat nipis tapi dapat menyerap air dengan baik. Walaupun harganya agak mahal sedikit dan boleh mencecah harga ratusan ringgit, tetapi BERBALOI untuk dimiliki.

 2. BAWA PAKAIAN NIPIS

Seluar jeans dan baju kait-kait tebal seinci jangan dibawa, buat berat beg sahaja. Lebih baik bawa baju yang nipis. Jika ke negara sejuk, tipsnya jangan bawa 1 baju yang tebal tetapi bawa baju nipis yang boleh tahan sejuk seperti uniqlo heat tech dan pakailah berlapis-lapis. 

3. TIDAK PERLU BERJAKET TEBAL

Faham pi tempat sejuk takkan tak bawa jaket kan. Jangan risau dulu. Terdapat banyak jaket yang boleh tahan sejuk tetapi tidak begitu tebal seperti jaket dari jenama NORTHFACES, uniqlo, dan lain-lain. 

4. BAWA BAJU 3-4 HARI SAHAJA

Walaupun kita akan pergi bercuti selama 10 ke15 hari, tetapi bawa baju untuk 3-4 hari sahaja sudah memadai. Mudah sahaja caranya. Cari sahaja penginapan yang menyediakan mesin basuh atau perkhidmatan dobi. Bila kita bawa baju yang sedikit, ianya juga memudahkan kita nak bergerak dan ada alasan konkrit untuk beli baju baru di sana nanti.

5. BAWA BEG YANG KECIL

Tips yang paling penting, terus siap siap bawa beg yang kecil saiz optimum antara beg 20 inci – 24 inci. Bila beg kita dah kecil, secara automatik kita akan menjimatkan jumlah pakaian dan barang yang kita nak bawa.

6. PAKAI TERUS

Bagi yang terpaksa bawa juga jaket yang tebal sedikit, terus pakai dari simpan di dalam beg. Jimat ruang dan boleh dijadikan selimut di dalam penerbangan. Lagi-lagi bila penerbangannya lama.

7. BAWA BARANG KEPERLUA BERSAIZ KECIL

Jangan bawa syampu/sabun stok satu keluarga punya, memadai hanya bawa yang kecil sahaja. Kalau nak lagi jimat ruang, beli sahaja di destinasi kita nanti.