Shimshal merupakan sebuah kampung yang terletak di aras ketinggian 3,100 meter dari aras laut. Kampung ini merupakan kampung tertinggi arasnya di daerah Hunza.
7:30 pagi
Usai selesai bersarapan dan daftar keluar penginapan. Kami memulakan perjalanan hari ini ke Shimshal. Perjalanan kami hari ini menggunakan 2 unit kenderaan pacuan 4 roda. Laluan hari ini agak mencabar kerana kami melalui jalan yang tidak berturap dan hanya menggunakan batu gravel sahaja. Laluan ini dibina sendiri oleh penduduk setempat. Laluan di kawasan tanah tinggi ini jarang digunapakai tetapi tetap dijaga elok oleh penduduk. Perjalanan kami hari ini akan mengambil masa sekitar 3 jam 30 minit dan mungkin menjadi lebih lama kerana kerap berhenti untuk mengambil gambar.
12:00 tengahari
Kami tiba di penginapan dan membuat daftar masuk sebelum makan tengahari, solat dan berehat setelah melalui perjalanan yang panjang.
2:00 petang
Kami keluar bersiar-siar melihat suasana kampung dan penduduk di Shimshal. Walaupun perkampungan ini jauh dan terpencil serta kurang mendapat bantuan daripada pihak pentadbir, penduduknya tetap mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka. Kami berkesempatan untuk melihat keadaan sekolah di sini. Anak-anak dihantar ke sekolah untuk menimba ilmu supaya tidak ketinggalan.
Penduduk kampung Shimshal amat ramah dan mesra sekali menerima kunjungan kami.
6:00 petang
Kami pulang ke penginapan untuk makan malam dan berehat.