Hendak bercuti ke mana dengan anak-anak cuti sekolah hujung minggu ni? Bila difikirkan nak bercuti dengan keluarga ni, memang seronok dan mengujakan. Tetapi kadang-kadang pening juga kepala dibuatnya nak fikirkan aktiviti yang nak dibuat bersama anak-anak semasa percutian. Anak remaja, lain minatnya. Anak kecil pula perlukan aktiviti yang sesuai dengan usia mereka.

Usah pening dulu ibu ayah. Di sini kami kongsikan 7 cara untuk bantu elakkan stress semasa percutian bersama keluarga.

1. Dapatkan persefahaman tujuan pergi bercuti

Berbincang dengan keluarga tentang apa yang nak diperoleh dari percutian. Nak berehat-rehat di hotel sambil mandi kolam renang ke, nak cuba satu makanan baru setiap hari ke, atau nak teroka tarikan yang berbeza setiap hari di tempat percutian. Berbincanglah terlebih dahulu sesama ahli keluarga. Pilih kata sepakat yang dipersetujui bersama yang sebaik-baiknya mengambil kira kehendak atau impian percutian setiap ahli kelurga.

2. Layankan sahaja perangai setiap ahli keluarga

Semestinya kita sudah kenal karektor masing-masing. Contohnya ayah akan mudah moody bila letih, emak cepat membebel bila anak-anak lambat bersiap dan anak kecil mula bergaduh sesama sendiri bila lapar. Untuk elakkan hal macam ni dari berlaku, elakkan perkara yang mencetuskan ketidakselesaan. Jangan merancang terlalu banyak aktiviti dalam satu hari supaya tidaklah ayah cepat letih. Ayah pula bantu anak-anak bersiap supaya emak tidak membebel. Bawa bekalan makanan mudah dalam beg supaya anak kecik tidak cepat lapar.

3. Adakan masa untuk bersama pasangan sahaja.

Memang seronok lakukan aktiviti bersama seluruh ahli keluarga. Bagaimanapun, carilah juga masa untuk bersama pasangan sahaja. Cuba adakan aktiviti yang hanya melibatkan anak-anak sahaja. Jadi, sempatlah emak dan ayah duduk bersantai di tepi kolam contohnya sambil melihat anak-anak bermain air. Boleh juga libatkan anak-anak dengan aktviti sukan di pusat rekreasi kanak-kanak juga. Sambail menunggu anak-anak selesai aktiviti mereka, emak dan ayah boleh pergi ke kafe yang berdekatan untuk berehat sambil minum. Ambil kesempatan yang ada untuk meluangkan masa bersama.

4. Hadkan masa penggunaan gajet

Tetapkan supaya setiap ahli keluarga tidak kerap menghabiskan masa dengan gajet terutama telefon. Apalah maknanya pergi bercuti jika masing-masing asyik memegang telefon dan tidak menikmati percutian sebaik mungkin.

5. Jangan mudah teremosi dek perkara kecil

Pastinya ada pepatah “Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.” Janganlah mudah terbawa dek emosi andaikata apa yang dirancang tidak menjadi. Jangan nanti dek kerana satu aktiviti tak berlaku seperti yang diharapkan, kita terus marah-marah hingga mood kita dan orang lain untuk bercuti menjadi terganggu. Tidak salah untuk merasa kecewa, marah atau sedih. Tapi kawal perasaan tersebut dari berpanjangan dan merugikan kualiti dan matlamat percutian.

6. Jangan membawa rutin di rumah ke tempat percutian

Jika kebiasaan di rumah kita tinggal dengan selesa kerana apa yang diinginkan mudah diperoleh dan ada pembantu menyiapkan keperluan seharian, janganlah terbawa-bawa rutin tersebut semasa bercuti. Sudah pastinya semasa percutian, kita tidak akan mendapatkan kesemuanya melainkan kita mengaturkan percutian dengan keperluan yang sama. Jika membawa pembantu rumah dapat melunaskan kehendak rutin, aturlah percutian dengan melibatkan mereka.

7. Pertimbangkan untuk mengambil pakej percutian bersama agensi pelancongan

Cari agensi pelancongan yang boleh membantu anda mengatur percutian yang terbaik untuk anda sekeluarga. Tak perlu lagi untuk serabut kepala memikirkan perancangan yang pelbagai. Hanya siapkan diri dan keluarga untuk pergi bercuti sahaja.