Hunza Valley telah tersenarai di dalam 10 tempat yang menarik untuk dikunjungi di dalam majalah Forbes keluaran 2019. Walaupun sedikit sukar untuk sampai ke sini, tetapi perjalanannya mengujakan. Sekali berada di atas laluan perjalanannya, diri seolah telah terpukau.

1. Hunza Valley terletak di utara Pakistan dan bersempadan dengan China dan Afganistan. Permukaan buminya yang di kelilingi oleh gunung ganang menjadikan Hunza Valley sering dipuji akan keindahan pemandangannya. Tidak mustahil jika ianya mendapat jolokan nama Heaven on Earth.

2. Penduduk di Hunza Valley rata-rata mempunyai jangka hayat lebih dari 90 tahun dan bebas dari penyakit kronik. Ramai yang percaya ini adalah kerana mereka kekal sihat kerana tinggal di kawasan persekitaran yang bersih, udara yang segar, diet pemakanan bersumberkan organik dan gaya hidup yang aktif. Mereka banyak menggunakan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

3. Puncak gunung kedua tertinggi di dunia selepas Gunung Everest letaknya di Hunza Valley yang dikenali sebagai K2. Ketinggiannya mencecah 8,611 meter berbanding ketinggian Gunung Everest iaitu 8,848 meter. Mendaki K2 menjadi impian ramai pendaki gunung tegar walaupun ianya agak merbahaya untuk di daki kerana bentuk permukaannya yang agak curam. Selain itu, banyak terdapat spesis rama-rama yang tidak dapat dijumpai di tempat lain turut berada di sini.

4. Selain dari pemandangan yang memukau di Hunza Valley ini, lembah ini juga turut memiliki batu permata yang luar biasa iaitu batu delima. Warna batu delima yang terang berwarna merah menjadikannya batu permata yang mendapat mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat banyak permintaan dari penghasil barangan kemas dari pelosok dunia. Baru delima ini digunakan dalam rekaan barang kemas mewah yang boleh dipakai oleh dengan rekaan moden dan klasik.

5. Ramai pelancong takut untuk pergi ke Pakistan kerana mempunyai persepsi yang negatif terhadap penduduk mereka. Semua persepsi ini dapat ditangkis oleh penduduk di Hunza Valley yang terkenal dengan sikap mereka yang ramah dan suka meraikan tetamu. Jika tidak, masakan ramai penulis blog dan pelancong yang pernah sampai ke sini sebulat suara menceritakan perkara yang sama.

Rarecation pun ada ke sini tahun ni. Boleh tengok tarikh trip di sini.