Aktviti snorkelling merupakan aktiviti wajib jika pergi bercuti ke pulau peranginan. Berlainan pula dengan aktviti menyelam scuba. Biasanya tidak ramai yang melakukan aktiviti kerana tidak mempunyai lesen untuk aktiviti penyelaman ini.
Sebenarnya aktiviti menyelam scuba masih boleh dilakukan jika tidak mempunyai lesen. Bagaimanakah caranya?
Penyelaman scuba hendaklah dilakukan bersama juruselam terlatih berlesen di kawasan yang tidak terlalu dalam dan hanya sesuai untuk mereka yang baru mahu mencuba aktiviti ini. Ianya dikenali sebagai Discovery Scuba Diving.
Bagi anda yang telah lama menyimpan hasrat untuk mencuba aktiviti menyelam scuba, Taman Laut Pulau Perhentian merupakan lokasi percutian yang dapat memenuhi impian anda. Taman laut ini sesuai untuk mereka yang baru ingin mencuba aktiviti menyelam scuba.
Banyak karangan laut yang cantik bersama ikan-ikan kecil menanti kunjungan anda ke sini.