Percutian dan kembara pasti mengujakan kita sedari membuat perancangan lagi. Rasanya seperti sudah berada di destinasi yang nak dikunjungi. Untuk memastikan percutian dan kembara berjalan lancar dan seronok, pengembara bijak biasa melakukan 7 perkara ini sebelum pergi bercuti:

  1. Dapatkan harga tiket yang lebih murah.

Selalunya kita kerap masuk ke website yang sama untuk mendapatkan tiket yang sesuai dengan waktu penerbangan yang diinginkan. Kekerapan masuk ke website tersebut akan membuatkan harga tiket berubah-ubah dan kadangkala menjadi lebih mahal berbanding pada masa kita mula tengok. Hal ini boleh dielakkan dengan menggunakan tetapan Private Browsing semasa melayari website tersebut di komputer kita.

2. Tidak membawa ‘almari bergerak’

Kemahiran untuk menggulung baju dan menyusun barang keperluan amat penting selain memilih barangan yang ingin dibawa di dalam bagasi. Tidak perlu untuk membawa pakaian yang berbeza dan pelbagai di sepanjang tempoh percutian. Pemilihan pakaian yang boleh mix & match tetap menjadikan gambar kita cantik malahan memberi lebih ruang untuk di dalam bagasi untuk dimuatkan barangan keperluan lain. Walaubagaimanapun, bawa juga beg tambahan mudah simpan untuk keperluan kecemasan.

3. Membawa caj telepon mudah alih

Kita banyak menggunakan telefon pintar semasa kembara. Mana nak tengok maklumat berkenaan tempat yang nak dikunjungi, menggunakan peta pandu perjalanan dan juga merakam gambar dan video. Tanpa caj telefon mudah alih dan power bank, besar kemungkinan kita tidak dapat melakukan perkara yang dinyatakan kerana telefon sudah kehabisan bateri.

4. Emelkan dokumen penting kepada diri sendiri

Semasa di luar negara kita perlu membawa passport kita bersama. Tetapi terkadang kita terlupa atau tertinggal di hotel atau penginapan. Dengan adanya dokumen penting seperti passport dan lesen memandu yang kita emelkan kepada diri sendiri, kita masih boleh menggunakannya apabila diperlukan, berlaku kecurian atau perlu menunjukkannya kepada pihak berkuasa tempatan.

5. Muat turun aplikasi

Aplikasi tempatan boleh memudahkan perjalanan dan urusan di tempat yang dikunjungi. Contohnya kita boleh muat turun aplikasi Google Map dan boleh menggunakannya dalam keadaan offline. Selain itu terdapat aplikasi lain yang banyak digunakan ketika percutian ialah XE Currency Converter untuk semakan pertukaran matawang, TripLingo boleh digunakan untuk menggunakan bahasa seperti lokal dan belajar serba sedikit budaya tempat tersebut dan juga Google Translate untuk memudahkan komunikasi dengan penduduk tempatan.

6. Tingkatkan stamina dan cergaskan diri

Aktifkan diri dengan riadah seminggu dua sebelum kembara atau bercuti. Aktiviti sebegini membantu badan untuk kekal aktif dan berstamina semasa percutian. Badan tidak akan mudah letih dengan perubahan waktu selain melakukan banyak aktiviti fizikal di tempat percutian.

7. Meletak stiker Fragile pada bagasi

Penggunaan pelekat Fragile pada bagasi memberikan bagasi kita kelebihan untuk diuruskan dengan lebih cermat. Perasaan tak yang bagasi atau kotak yang mempunyai pelekat Fragile akan muncul lebih awal di belt pungutan bagasi?