ANUGERAH KONTEN TRAVELOG TERBAIK

Selama ini RARE.TV hanya menfokuskan kepada Travelog luar negara. Atas hikmah PKP sedunia maka RARE.TV mula menjelajah ke seluruh negara, termasuk Sabah untuk mempromosikan destinasi pelancongan tempatan.

Tidak sangka usaha ini mendapat sambutan luar jangka dari seluruh rakyat Malaysia. Baik yang muda, yang tua, yang di bandar, yang di kampung, yang lelaki, yang perempuan semuanya mula mengenali dan meminati siri travelog RARE.TV.

Ramai ibubapa yang meminati RARE.TV secara terbuka memberitahu telah menjadikan RARE.TV sebagai hidangan keluarga. Ramai yang memang sudah lama tidak benarkan anak-anak buka Youtube, kecuali untuk menonton RARE.TV.

SUBAHANALLAH.. ALLAHUAKBAR…

Bukan itu sahaja. Rupanya pihak kerajaan negeri juga mendapat manfaat dari usaha dan kreativiti RARE.TV dari sudut ekonomi pelancongan. Semalam pihak RARE.TV dapat pemakluman tentang anugerah yang tertera di print screen ini.

Ada banyak travelog di channel youtube RARE.TV. Kami pilih satu Travelog di Selangor sebagai contoh.
Yang belum pernah menonton dan subscribe silalah berbuat demikian.