karakoram – Rare TV

Lebuhraya Berturap Tertinggi di Dunia
Lebuhraya yang menghubungkan barat China dan Pakistan ini diberi nama Lebuhraya Karakoram yang turut dipanggil Lebuhraya Persahabatan China-Pakistan. Lebuhraya sepanjang 1,300 kilometer ini mula dibina pada tahun 1962 dan mula dibuka untuk digunakan pada  tahun 1978.

Sepanjang tempoh pembinaan Lebuhraya Karakoram ini, seramai 810 orang tenaga kerja Pakistan telah terkorban untuk membina lebuhraya sepanjang 887 kilometer yang berada di sebelah Pakistan. Sementara itu, lebuhraya di sebelah China sepanjang 413 kilometer pula telah mengorbankan seramai 200 nyawa pekerja semasa tempoh pembinaan. Kebanyakan nyawa yang terkorban adalah disebabkan oleh terjatuh dan juga menjadi mangsa tanah runtuh semasa membina lebuhraya.

Lebuhraya Karakoram ini dibuka sepanjang tahun untuk kegunaan umum kecuali di Khunjerab Pass yang berada di altitud tertinggi iaitu 4,714 meter dari aras laut. Khunjerab Pass hanya dibuka bermula 1 Mei hingga 31 Disember setiap tahun bagi mengelakkan berlaku kemalangan akibat salji yang lebat semasa di luar tempoh ini.

Sebahagian besar lebuhraya ini pernah mengalami tanah runtuh pada tahun 2010 dan melibatkan banyak kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Tasik Attabad telah terbentuk hasil dari kesan runtuhan yang memutuskan Lebuhraya Karakoram dan Sungai Hunza. Akibat dari runtuhan ini, kenderaan yang ingin melalui lebuhraya ini perlu menaiki bot kayu yang besar untuk sampai ke bahagian sambungan yang terputus.

Pembinaan 5 terowong dan beberapa jambatan yang bermula pada tahun 2012 dan mengambil masa selama 3 tahun membolehkan jajaran lebuhraya ini dipinda dan boleh dilalui semula oleh semua kenderaan.

Jadi, tidak mustahillah kenapa Lebuhraya Karakoram ini dilabel sebagai Perkara Ajaib ke-8 di Dunia di dalam dunia kejuruteraan dek kerana berjaya dibina di aras tertinggi di dunia dan melalui pelbagai kesukaran semasa pembinaannya.

Boleh baca di SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti kembara di Pakistan.